pernahkah kalian mendapat panggilan daripada privet number bahawa kalian telah
memenangi cabutan bertuah menerusi
no simkad kalian?
mungkin pernah...mungkin tidak pernah.
aku.....telah menerima panggilan daripada privet no yang mengaku dirinya daripada
salah sebuah syarikat prabayar celcom yg terletak di kuala lumpur.
dia memberitahu aku bahawa no simkadku telah mendapat cabutan bertuah dan memenangi
wang tunai sebanyak 5,000 ringgit dan hadiah tersebut akan dimasukkan kedalam akaun
simpananku.lalu die telah meminta no kad bank simpanan aku dan aku memberikan kepadanya tanpa
bertanya apa2.
pada mulanya aku tidak percaya,namun dengan ayat manisnya itu telah mencair serta melembutkan hatiku ini.
ntah kenape tak tahu lah..diriku ini seolah2 telah dipukau oleh panggilannya tempoh hari.lalu aku pon mengikuti
arahannya tanpa berfikir atau brtanya kawan-kawan tentang perkara tersebut.setibanya di mesin atm,aku disuruh untuk
menyemak baki dan mendaftar PHONE BANKING yang berada di mesin atm tersebut.
kemudian die memberitahu aku bahawa baki akaun simpananku tidak cukup dan perlu ditambah lagi untuk menampakkan hadiah tersebut.tetapi aku enggan dan memberikan alasan yang bermacam-macam.
die tetap tidak putus asa,lalu menyuruh aku menggunakan cara lain iaitu dengan membeli topap sekali gus menghantar
kod 14 digit tersebut kepadanya.aku menuruti kehendaknya.sekali lagi die menyuruh melakukan perkara yang sama
atas alasan yang sama untuk menampakkan hadiah di dalam akaun simpananku.
aku mengabaikannya......lalu aku pulang kerumah dengan hati yang tidak tenteram.
aku cube menenangkan hatiku dengan bersolat dan meminta pertolongan yang maha esa untuk memberi petunjuk
agar diselamatkan dari godaan tersebut.
pada keesokan harinya,sekali lagi die menghubungiku dan perkara yang sama disuruh ialah membeli topap simkad dan menghantarkan kod 14 digit kepadanya.lalu aku enggan dan memberi amaran supaya tidak lagi melakukan perkara yang sama.die berkata bahawa die tidak berbohong dan berani bersumpah serta memberi jaminan kepadaku.aku kemudian menghubungi talian perkhidmatan prabayar untuk mendapatkan maklumat tentang simkadku.jelas lah,bahawa nomor simkadku
memang tiada menerima hadiah cabutan.bertambah keyakinanku bhawa aku telah ditipu.
selepas daripada itu,aku mengambil langkah selamatkan akaun simpananku dari terus dirompak dan disamun sesuka
hati oleh mereka2 yang mahukan rezeki dari sumber yang haram.aku menamatkan atm kadku sekaligus membuat kad yang baru
supaya perkara yang tidak diingini berlaku keatasku....itulah kisah penipuan daripada panggilan yang amat merbahaya.
supaya sahabat2 yang lain dapat berhati2 dan jangan capat percaya kepada orang lain.sekian...
cerita ringkas dari hambaLeMAH.
SEMOGA SAMA-SAMA KITA MENGAMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN
DARI APA YANG BERLAKU DARI KISAH DIATAS.
SATU PANGGILAN MEMBAWA PADAH.
10 Jan 2012
Posted by
t-zero-peak
at
07:49
0
comments
result
HAKIKAT YANG KE 22..ALHAMDULILLAH.
8 Jan 2012
assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah segale pujian bg allah tuhan sekalian alam kerane dgn limpah dan kurniaannye
dapat lagi kite diberi peluang untuk hidup dan menghirup udara allah yang nyaman,bersyukur kpadenye
kerana masih lagi diberi peluang untuk teman mencoret sedikit coretan disini alhamdulillah.
hari ini 8/1/2012 ialah hari paling bersejarah dalam hidud teman,kerana merupakan tarikh kelahiran teman
sekaligus telah menjangkaunye usia teman yg ke 22 tahun.
amatlah gembira di hati teman walaupun tidak menerima sebarang hadiah,akan tetapi didoakan oleh sahabat2 agar dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki insyaallah.sungguh teman tidak menyangkainye,lebih 20 org yang mengucapkan selamat kepade teman..bgitu terharu dan tak sangke.terima kasih kepada sahabt2 yang mendoakan teman dengan doa2 yang baik..semoga jasa baik kome diberi ganjaran oleh allah s.w.t insyaallah.
sedar atau tak,teman sudah pun berumur 22 tahun..rase seolah2 tidak percaya,tetapi hakikatnye memang betoi,kene lah teman terima kenyataan nie..makin meningkat usia makin hampir kita dengan kematian.so di kesempatan ini teman mendoakan kesejahteraan semue umat islam agar sentiase diberi petunjuk dan rahmat allah hingga ke akhir hayat..wallahu a'lam..
Posted by
t-zero-peak
at
08:58
0
comments
result
selamat menyambut tahun baru 2012
31 Dec 2011
assalamualaikum w.b.t
salam sejahtera dan salam hormat kepada semua yang sudi meluangkan masa
untuk mengunjung di halaman setapak teman ini,berbanyak2 terima kasih teman ucapkan
kepada kome semua.terlebih dahulu marilah sama2 kita memanjatkan kesyukuran kehadrat
allah,kerana masih lagi kita menikmati nikmatnya yang paling besar iaitu nikmat iman dan islam.
dan bersyukur juga kerana kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan
dimuka bumi ini dengan rahmat dan kasih sygnya insyaallah.
seprti yang kita ketahui,kita telah pun meninggalkan tahun kenangan 2011 dan telah pun memasuki 2012
yang disambut meriah di seluruh dunia dengan berbagai2 gaya dan aksinya.dalam kegembiraan menyambut tahun baru,janganlah kita terlalu seronok sehingga
lupa bahawa apabila tiba tahun baru,usia juga baru,dan kehidupan kita juga makin hampir untuk menghadap
allah s.w.t.
jadi,saya disini ingin memohon kemaafan sekiranya ada melakukan kesilapan secara sengaja mahupun tidak disengajakan.
marilah kita bersama2 mengabadikan kenangan yg telah lalu dalam memori dan menanamkan semula azam baru untuk lebih terus diberkati dan dirahmati allah.
selamat menyambut tahun baru 2012...
wallahu a'lam.
Posted by
t-zero-peak
at
10:47
1 comments
result
