28 Apr 2009

nikmat allah,hargainya dgn sebaik2 harga...

Air merupakan satu nikmat Allah Taala yang tidak terperi pentingnya bagi setiap hidupan sama ada manusia, tumbuhan dan juga mikroorganisma. Manusia sejak dari peringkat benih lagi (sperma) memerlukan air untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Manusia perlu mengakui hakikat Allah sebagai Al-Khaliq kerana pada hakikatnya setinggi manapun ilmu manusia, mereka masih belum mampu untuk mencipta air ini. Walaupun komposisi kimia sudah kita ketahui (H20) tapi bolehkah kita mencipta sumber air sendiri sebanyak air di lautan, sebanyak air di sungai, tanpa mengharapkan sumber-sumber semulajadi seperti sungai, tasik dan sebagainya!Bahkan unsur oksigen dan hidrogen itu sendiri adalah ciptaanNya.Firman Allah S.W.T,….demikian juga Allah menurunkan daripada langit air yang dengannya dihidupkan bumi (tumbuhan) selepas matinya…(Al-Baqarah 164)Bumi(tanah) memerlukan air supaya segala unsur nutrient seperti kalsium, nitrate, potassium dan sebagainya yang terkandung di dalamnya dapat diambil oleh akar-akar tumbuhan. Unsur-unsur tersebut mesti berada dalam bentuk ion supaya dapat ditukar ganti dengan ion hidrogen ataupun ion hidroksida daripada tumbuhan.Bagi biji benih, ia akan berada dalam keadaan ‘dormant’ (tidak berlaku sebarang pertumbuhan) selepas dihasilkan daripada tumbuhan atau selepas disebarkan oleh agen penyebaran biji benih (angin, haiwan, serangga dsb) sehingga kehadiran air memecahkan keadaan dormansi resebut. Air akan diserap oleh biji benih dan ia akan mula bercambah menjadi satu generasi yang baru.Begitulah kebijaksanaan Allah taala dalam merencanakan sesuatu yang semuanya demi kebaikan manusia seluruhnya. Marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat yang agung ini dengan menggunakannya dengan sebaik-baiknya tanpa melakukan pembaziran dan sentiasalah bertasbih dan bertahmid kepadaNya.Wallahuaalam.

2 comments:

Eda Man said...

Alhamdulillah..
jzkk..

:)

t-zero-peak said...

sgle komen dterima