29 Sep 2009

HABIS RAMADHAN TAK BERMAKNA HABIS PUASA

Pejam celik-pejam celik sudah 11 hari umat islam merayakan hari raya aidilfitri
setelah sebulan menjalani ibadah puasa ramadhan.Namun,apakah kita telah mendapat rahmah,maghfirah,dan dijauhkan daripada api neraka
sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis nabi s.a.w.apabila tibanya syawal dan berakhirnya ramadhan,tidak bermakna hanya setakat itu sahaja kita berpuasa kerana masih ada lagi peluang untuk kita menjalani ibadah puasa sunat iaitu puasa sunat 6 dibulan syawal.

Muslim(1164)meriwayatkan daripada abu ayub r.a.bahawa rasulullah s.a.w. bersabda:


من صام رمضان ثمّ أتبعه ستّا من شوّال كان كصيام الدّهر

“barangsiapa berpuasa ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari pada bulan syawal maka seolah-olah dia telah berpuasa selama-lamanya"

Jadi kepada sesiapa yang masih belum menunaikan puasa sunat 6 tersabut marilah kita menunaikannya kerana masih sempat untuk kita menunaikannya.

Termasuklah teman sendiri,belum lagi nak puasa.insyaallah sama-sama kita
Tunaikannya dengan ikhlas hati semoga mendapat redha allah taala.


No comments: