11 Sep 2009

Ramadhan dan kelebihan

Firman allah s.w.t :


يأيّها الّذين ءامنوا كتب عليكم الصّيام كما كتب على الّذين من قبلكم لعلّكم تتّقون

"Wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
Telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu sebelum kamu supaya kamu bertaqwa."


Sabda nabi s.a.w.:



بني الاسلام على خمس شهادة أن لا اله الاّ اللّه وأنّ محمدا رسول اللّه واقام الصّلاة وايتاء الزّكاة والحج وصوم
رمضان
"islam dibina atas lima perkara:mengakui bahawa tida tuhan yang disembah melainkan
Allah,dan Muhammad adalah utusan allah,mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat,
Menunaikan haji dan puasa pada bulan ramadhan"

KELEBIHAN RAMADHAN.


Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia,bulan rahmat dan juga bulan yang berkat.
Pada ramadhan telah diturunkan al-quran yang menjadi panduan kepada seluruh umat manusia.


Firman allah s.w.t:

شهر رمضان الّذي أنزل فيه القرءان هدى لّلنّاس وبيّنت من الهدى وتلفرقان فمن شهد منكم الشّهر فليصمه


"bulan ramadhan yang padanya diturunkan al-quran,menjadi petunjuk bagi sekalian
Manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk serta menjadi
Pembeza(antara yang benar dan yang salah)oleh itu siapa di antara kamu yang menyaksi
Anak bulan ramadhan(atau mengetahuinya)maka hendaklah dia berpuasa bulan itu.
Selain itu,di dalam bulan ramadhan terdapat satu malam yang paling istimewa
Bagi umat islam yang mana allah s.w.t telah menjanjikan kepada hamba-hambanya
Yang menghidupkan malam tersebut dengan pahala yang menyamai dengan beribadah seribu bulan.malam itu ialah malam al-qadr.


Firman allah s.w.t yang mafhumnya:

"sesungguhnya kami telah menurunkannya(al-quran)pada malam qadr.dan tahukah
Kamu apakah malam al-qadr?malam al-qadr itu lebih baik dari seribu bulan(yakni ibadah di malamnya sama nilai dengan beribadah seribu bulan).pada malam itu turun malaikat
Dan roh(jibril) dengan izin tuhannya untuk mengatur semua urusan.sejahteralah malam itu sampai terbit fajar."
Diantara kelebihan ramadhan juga telah di sebutkan dalam hadis nabi s.a.w yang berbunyi:


من صام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدّم من ذنبه

"barangsiapa yang berpuasa dibulan ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan,maka akan di ampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu."
Dalam riwayat lain ada menyebut:


من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدّم من ذنبه

"barangsiapa yang mendirikan ramadhan,yakni mendirikan malam lailatul qadr,dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan,maka akan di ampunkan baginya dosa-dosa
Yang telah lalu."



عن أبي هريرة رضى اللّه عنه عن النّبي(ص)قال:من قام ليلة القدر ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدّم من ذنبه ومن صام رمضان ايمانا واجتسابا غفر له ما تقدّم من ذنبه

"barangsiapa yang mendirikan lailatul qadr dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan,maka akan di ampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu,dan barangsiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan,maka akan di ampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.


DI ANTARA HIKMAH,RAHSIA DAN FAEDAH PUASA


Di peringkat awal lagi sepatutnya seorang muslim mengetahui bahawa puasa ramadhan
Adalah ibadah yang telah di fardhukan oleh allah s.w.t.maksud ibadah ialah seorang muslim melaksanakannya sebagai memenuhi perintah allah taala dan menunaikan hak
Perhambaan kepadanya dengan penuh keikhlasan daripada bulan puasa.sekiranya seseorang muslim telah melakukan perkara tersebut,maka selepas itu tidaj ada halangan baginya untuk mencari hikmahdan rahsia ketuhanan yang tersembunyi di sebalik ibadah
Seperti puasa da sebagainya.


Di antara hikmah dan faedah puasa yang mungkin di ketahui oleh seseorang islam ialah:


1.diantara sifat puasa yang sahih menyedarkan hati seseorang mukmin terhadap muraqabah allah azzawajalla.ini di sebabkan, apabila orang yang berpuasa menghabiskan sebahagian waktu siangnya,dia akan merasai lapar dan dahaga,maka jiwanya ingin makanan dan minuman.tetapi perasaannya yang mengetahui yang dirinya berpuasa menghalangnya daripada inginkan makanan dan minuman sebagai melaksanakan perintah allah taala.daripada penentangan jiwanya itu,maka akan lahirlah kesedaran hati
Dan suburlah perasaan muraqabah allah taala serta berterusanlah ingatannya terhadap allah azzawajalla.begitu juga dia akan sedar bahawa dia adalah hamba allah yang tunduk kepada hokum allah dan mematuhi kehendaknya.


2.Ramadhan adalah bulan yang suci kalau hendak dibandingkan dengan semua bulan dalam setahun.allah azzawajalla menghendaki hambanya supaya memenuhkannya dengan ketaatan dan keteqwaan kepadanya.alangkah sukarnya untuk merealisasikan perkara ini apabila berhadapan dengan makanan dan minuman,selepas perut di isi penuh dan setelah naiknya hawa makanan kedalam pemikiran dan otak.jadi,puasa disyariatkan pada bulan ramadhan adalah jalan yang paling mudah untuk memenuhi kehendak allah taala.

3.sesungguhnya kehidupan seseorang muslim yang sentiasa berada dalam keadaan kenyang pasti akan memenuhkan jiwanya dengan sifat-sifat yang keras dan melakukan
Sifat-sifat yang terlampau.kedua perkara ini bertentangan dengan keadaan sebenar seseorang muslim.jadi pensyariatan puasa akan membersihkan jiwanya dan meghaluskan perasaannya.

No comments: