23 Nov 2009

PUASA SUNAT HARI ARAFAH




Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bersyukur ku kehadrat ilahi kerana masih dapat untukku
Mencoret sekali lagi di dalam blogku ini..sepertimana yang kita semua ketahui,umat islam seluruh dunia tidak lama lagi akan menyambut hari yang mulia,iaitu hari raya AIDILADHA.begitu singkat masa berlalu,namun apakah persediaan kita untuk merayakan hari tersebut???

Jika kita lihat,sebelum kita merayakan hari raya AIDILFITRI,umat islam seluruh dunia akan berpuasa sebulan di bulan yang paling mulia iaitu bulan RAMADHAN,dan setelah kelihatan anak bulan,barulah umat islam akan merayakan hari raya AIDILFITRI.
Berbeza pula dengan hari raya AIDILADHA,umat islam tidak akan berpuasa sebulan sebelum merayakannya,akan tetapi ada terdapat puasa sunat pada tanggal 9 zulhijjah yang dinamakan puasa sunat hari arafah.

Puasa sunat hari arafah adalah puasa yang disunatkan kepada umat islam yang tidak menunaikan haji .Ianya pada 9 zulhijjah.daripada abu qatadah r.a.katanya:rasulullah s.a.w.ditanya mengenai puasa arafah.sabda baginda s.a.w:



يكفر السّنة الماضية والباقية


“ia menghapuskan dosa-dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang”.
(riwayat muslim(1162))

Hari arafah adalah sebaik-baik hari.Rasulullah s.a.w. telah bersabda:


ما من يوم أكثر من أن يعتق اللّه فيه عبدا من النّار من يوم عرفة



“tidak ada hari yang lebih ramai allah s.w.t membebaskan hamba-NYA daripada api neraka lebih daripada hari arafah”.(riwayat muslim(1134))


Bagi jemaah haji,mereka tidak disunatkan berpuasa,malah disunatkan berbuka sebagai mengikut nabi s.a.w dan supaya dia tetap kuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.

Daripada apa yang telah disampaikan,marilah sama-sama kita mengerjakan ibadah puasa
Sunat tersebut sebagai satu amalan dibulan zulhijjah yangmana padanya terdapat ganjaran daripada allah s.w.t. dan sejurus meraikan umat islam yang pergi menunaikan haji di baitullah alharam.

Semoga dengan apa yang telah kita kerjakan akan mendapat ganjaran dan mendekatkan kita dengan allah s.w.t. amin..

No comments: