11 Feb 2010

rinduku terubat..bukan buat2

assalamialaikum wbt..
alhamdulillah bersyukur aku kehadrat allah kerana masih lagi diberi peluang menaip di dalam blog aku ini yang sekian lama sepi daripada sebarang post.
hari ini aku benar-benar berasa sungguh gembira bercampur tenang kerana dapat juga aku berhubung dengan keluargaku di tanahair melalui talian.almaklumlah,peperiksaan dah tiba,nak mintak redha mak ayah untuk doakan aku lulus di dalam peperiksaan kali nie.

kali terakhir aku berhubung ketika hari raya aidilfitri yang lepas dan hari ini ialah kali pertama dalam tahun 2010 aku menghubungi keluarga aku...memang lama jarak masa apatah lagi waktu yang berlalu begitu pantas.nak buat macam mana,dulu guna lowrate,sekarang lowrate dah takde,guna 100voice pulak..boleh tahan la mahalnya,1400yr harganya.


apa yang pertama mak aku bertanya kepadaku ialah tentang aku.adakah aku ini terlalu busy sehingga tidak dapat menghubunginya.aku berasa sedih seketika,akan tetapi masalah besar ialah duit kekurangan telah membuatkan aku tidak dapat nak berhubung,cuma sekadar sms yang aku mampu.alhamdulillah hari ini aku di beri rezeki oleh allah dan dapat aku menghubungi ahli keluargaku.


mak memberitahu duit zakat aku hari itu sudah tiada lagi,sudah kehabisan,mana lagi nak mencari duit untuk menampung perbelanjaanku disini.aku hanya mampu bersabar dan bersyukur kerana masih lagi di beri peluang untuk terus belajar di sini.


mak menyuruh aku pulang ke tanahair dan bekerja disana seperti yang dilakukan oleh abang aku hakimi,aku hanya memberitahu kepadanya jika ada rezeki aku akan pulang.tapi bukan pulang untuk selama-lamanya,aku akan kembali dan menyambung semula pelajaranku.insyaallah jika di beri peluang aku akan pulang ke tanah air aku sendiri iaitu malaysia.rinduu beno teman..apa-apa pun semua itu datangnya daripada allah taala,tidak lain tidak bukan kita hanya mampu meminta dan dia sahaja yang dapat memberi.

wassalam.
t-zero-peak

No comments: