13 Feb 2010

ujian allah pasti ada hikmah disebalik ujiannya.

hari ini 13 febuari adalah hari yang paling geram bagi aku iaitu hari peperiksaan bagi madah rasm mushaf.dan inilah kali yang ke 2 aku menjawab soalan rasm setelah gagal kali yang pertama.aku begitu mengharap agar peperiksaan kali ini mudah sedikit daripada peperiksaan yang lalu,akan tetapi harapan aku menjadi hancur lebur apabila soalan yang keluar begitu susah dan sukar untuk aku menjawabnya.setibanya kertas soalan tersebut ketanganku,terus aku melihat apakah soalan yang keluar.memang sudah ku duga soalan yang keluar ada persamaan dengan soalan sebelum ini.
aku jadi menyesal kerana tidak menumpukan sepenuhnya ketika mengulangkaji madah tersebut,aku hanya tumpu kepada matan dan syarah semata-mata.mujurlah aku dapat menjawab soalan dengan sempurna di bahagian matan dan syarah walaupun aku banyak meninggalkan tempat kosong dibahagian pertama.
terpulanglah kepadanya sama ada aku lulus ataupun tidak semuanya ditangan allah.aku hanya mengharapkan markah peperiksaan nisfiku untuk menampung markahku ini dan matan2 yang telah ku hafaz.mungkin ini adalah satu ujian daripada allah kepadaku dan aku yakin bahawa setiap ujian yang allah berikan pasti ada hikmahnya.yang penting adalah kesabaran dan ketaatan dalam menerima sebarang ujian.

No comments: