11 May 2010

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi allah tuhan sekelian alam kerana telah memberikan ruangan masa kepadaku untuk mengupdate sekali lagi dalam ruangan setapak ku melangkah ini.syukur padanya kerana dengan izinnya,dapat aku melangkahkan kakiku ini bersama-sama sahabat-sahabat kuliahku dalam program rehlah ke hudaidah baru-baru ini.

Program ini adalah program rehlah yang pertama dianjurkan oleh kuliahku selama aku belajar di kolej tersebut.tidak sabar rasanya aku untuk ke hudaidah kerana inilah kali pertamanya aku pergi ketempat tersebut.

Program tersebut telah disertai oleh pelajar kuliahku walaupun tidak semua yang menyertainya.kami pergi dengan 2 buah bas dan sebuah van.perjalanan yang memakan masa lebih kurang 5jam itu amat menyeronokkan kerana ianya telah diisi dengan pelbagai program di dalam bas yang telah ku naiki.namun ketika dalam perjalanan tersebut,bas yang aku naiki telah ditahan oleh askar yang berada di bahagian sempadan sanaa’a bani mator.askar itu telah melakukan pemeriksaan keatas bas,pantas beliau terus meluru masuk kedalam bas apabila melihat aku berada di dalam bas itu.lalu beliau telah meminta passport daripadaku.aku berasa takut dan sedikit gelabah ketika itu.alhamdulillah selepas berbincang,akhirnya aku telah di benarkan untuk keluar ke hudaidah.

Setibanya kami di tempat destinasi iaitu hudaidah,suhu tiba-tiba berubah menjadi panas.memang betullah kata kawan-kawanku yang pernah pergi ke sana.cuaca di hudaidah sangat panas,panas dari Malaysia.

Malam itu,kami bermalam di masjid yang berhampiran dengan kawasan pantai.akan tetapi,malam itu aku tidak dapat tidur dengan lenanya kerana panas,sehinggakan kipas dan air-cond yang dipasang didalam masjid itu tidak memberi sebarang kesejukan.sampailah keesokan harinya,mas’ul memberitahu kepada kami untuk pergi ke ibb kerana ada dikalangan pelajar-pelajar yang tidak tahan dengan cuaca di situ.
Kami semua bersetuju untuk ke ibb,kerana cuaca di ibb sejuk.

Pagi itu kami bermandi-manda dilaut hudaidah dan menyertai program-program yang telah di atur oleh mas’ul kuliah kami. kira-kira jam 12 tengahari,kami bergerak ke hadiqah dan bermandi dikolam renang.selepas itu barulah kami bergerak meninggalkan tempat yang panas kepada sejuk pada jam 4.30 petang.dalam perjalanan ke ibb,kami telah melalui taiz dan dapatlah aku menjejakkan kakiku di bumi taiz tersebut.kira-kira jam 10 malam,sampai lah kami ketempat destinasi.cuaca pada ketika itu memang sejuk.kami bermalam di masjid khoir.di dalam masjid itu tida sebarang kipas,berbeza dengan masjid di hudaidah.malam itu aku tidur dengan berselimutkan dengan kain yang nipis yang dinamakan mi’waz.

Namun dengan mi’waz yang kulipat dua itu pun,tidak dapat menghalang kesejukan yang telah melanda diriku ketika itu.kesejukan itu ku tahan sehingga tibanya waktu subuh.cuaca di ibb sangat cantik seperti cuaca di Malaysia.di ibb,kami telah pergi ke wadi al-jannat,bukit ba’dan dan masywarah.suasana ibb telah mengingatkan aku akan suasana di Malaysia yang terdapat pokok-pokok yang menghijau,air terjun dan sebagainya.

Pada petang itu juga,kami bergerak pulang ke sanaa’a dan telah melalui zamar.kami singgah untuk bersolat jama’ maghrib isyak disebuah masjid yang dinamakan masjid salaf.apa yang telah mengejutkan aku ialah, kebanyakan orang-orang di zamar masing-masing mempunyai senjata api.aku berasa kagum bercampur takut.tujuan mereka bukanlah untuk berperang,tetepi adalah untuk keselamatan sahaja.

Selepas itu,kami singgah makan malam di sebuah restoran dan terus bergerak menuju ke sanaa’a.perjalanan yang memakan masa 2 jam itu sangat memberi makna kepadaku apabila namaku telah diumumkan sebagai pelajar paling berdisplin sepanjang program lawatan ke luar sanaa’a.segala kenangan telah ku simpan didalam memory ingatanku selama-lamanya.aku berharap agar kuliah dapat mengadakan program rehlah seperti ini di tahun-tahun yang akan datang.










































No comments: