18 Jul 2010

malaysiaku..doroyan sedap hingga menjilat jari!!

Syukurku pada allah kerana dapat lagi aku
Menggerakkan semula jari-jemariku ini yang sekian lama
tidak kugerakkan untuk mengisi kekosongan di ruangan setapak
ku melangkah ini.busy beno aku nie..huhu

Begitu padat dan penuh masaku sehinggakan
Tiada masa untuk aku memberi ruang kepada
Tapakku ini,almaklumlah,sibuk mengemaskan barang2 yang hendak ku bawa pulang sama ke tanah tumpah darahku iaitu Malaysia.


Di sini ingin ku ceritakan tentang perihalku
Dalam 4hari ku disini.jelas ternyata betape bersyukurnya
Aku menjadi warganegara Malaysia.

Masa yang ku nanti2 kan telah pun tiba.
Aku kini sudah berdiri di bumi yang indah dan subur.

Rasa tidak sangka pun turut hadir dalam hatiku ini,
Betulkah aku di Malaysia???
Berkali2 hatiku bertanya.

Perjalanan yang mengambil masa kira2 12jam
Itu membuatkan hatiku ini berdebar2 tidak sabar untuk
Sampai.alhamdulillah,setelah tibanya di
Lapangan terbang kuala Lumpur(KLIA),
Aku telah di sambut oleh abangku hakimi
Dan abang zaini.

Aku berada di kuala Lumpur selama
3 hari 2 malam,menginap di bilik abang aku hakimi.
Betapa seronok bercampur gembira apabila aku telah memulakan
Sarapan pagi ku di kl dengan makanan yang sudah lama
Tidakku jamah selama 2 tahun di sanaa’a.
Antaranya termasuklah nasi lemak,mee rebus,tomyam,
Kuew tiaw,cendol,abc dan sebagainya.

Begitu banyak perubahan yang telah berlaku
Di Malaysia khususnya di tempat tinggalku,perak,
Bangunan yang dahulunya tiada,kini sudah didirikan,
Pasaraya,rumah dan sebagainya.

Setibanya pula di kampungku perak,
Aku telah dihidangkan dengan buah durian..
Memang aku memulunnya dengan begitu
Ghairah,maklum lah..dah lame tak jumpe.
Yang paling gembira lagi,anak kakak aku yang tak pernah
Jumpe pun aku jumpe jugak akhirnya..cumilll!!
Macam kakak die mak die jugak,tp tak boleh celen aku..
Hahahaha..

Banyak lagi perkara yang aku nak kongsikan,tapi
Tak larat pulak nak menaip..haha,
Ok lah,sampai di sini saja lah cerita ku ini,kalau rasa
Nak tau lagi..tanya la aku nanti ye!!
Sekian.

Wassalam.

2 comments:

moon said...

amboi2...suke bebeno..
ritu briye ckp xblik la...
soh support la..
tau2 da blik...
cis...mne buah tngnnye??
huhu.....

t-zero-peak said...

saje nk kasi gempak...hahaha
ade jer...nk mai la cni...huhu