18 Aug 2010

ramadhan..bersua kembali





allahumma baariklana fi syaaban,wa ballighna ramadhan...

alhamdulillah kerana masih di panjangkan umur kita ini untuk bertemu dengan bulan
yang penuh keberkatan dan kemuliaan,yaitu bulan ramadhan.sememangnya doa yang kita minta padanya telah dia kabulkan,dan kini kita benar-benar telah berada di dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

bulan ramadhan adalah bulan yang paling bermakna bagi kita berbanding dengan bulan-bulan yang lain,kerana padanya ada keberkatan,rahmat,pengampunan dan pelepasan daripada api neraka,dan padanya juga terdapat satu malam yang nilainya menyamai dengan seribu bulan beribadah.allah taala telah berfirman yang mafhumnya dimana dibulan ini kita diwajibkan berpuasa,sebagaimana yang telah diperintahkan kepada umat-umat yang terdahulu.

kini tanpa disedari,kita sudah berada di ramadhan yang ke 9.begitu pantas masa berlalu,kini berada di penghujung rahmat allah taala,kini yang tinggal
pengampunan dan pelepasan daripada api neraka.

bulan yang diturunkan al-quran,yang menjadi panduan bagi manusia dan membezakan antara yang haq dan yang batil.pernahkah kita muhasabah diri,sudahkah kita memulakan bacaan al-quran?ataupun sudah khatam,ataupun masih belum memulakan membaca lagi??

isilah bulan ini dengan amal ibadah yang banyak,kerana ganjaran yang diberikan tidak sama seperti bulan-bulan yang lain dan ramadhan hadir bagai air yang bah membasuhi daki-daki dunia.

marilah sama-sama kita menyambut ramadhan yang penuh keberkatan ini dengan jiwa yang terbuka.seperti kita menyambut ketibaan orang yang kita cintai.akhir kata pesanan buat semua,banyakkanlah amal ibadah dibulan ini,hindarilah perbuatan-perbuatan yang boleh mengundang kepada dosa.janganlah kita melepaskan peluang untuk mendapatkan ganjaran yang berlipat ganda kerana ianya hanya akan datang setahun sekali.wallahu a'lam.


-selamat menunaikan ibadah puasa-

No comments: