2 Sep 2010

pengampunan & pembebasan dari api neraka





alhamdulillah segala puji bagi allah tuhan yang telah melimpahkan rahmatnya kepada kita,iaitu rahmat ramadhan yang julun-julung kalinya kita bertemu.ramadhan yang penuh rahmat itu tanpa disedari telah pun meniggalkan kita.begitu juga fasa pengampunan allah taalaa yang terdapat pada pertengahan ramadhan telah pun meninggalkan kita.


nabi s.a.w.bersabda,diawal ramadhan rahmat,dipertengahannya pengampunan,dan diakhirnya pelepasan dari api neraka.


kini yang tinggal hanya satu lagi fasa yang perlu kita rebut peluang ini.peluang fasa terakhir ini hanya datang di akhir ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ini.dalam fasa yang terakhir ini,terdapat satu malam yang mana nilai orang yang beribadah pada malam tersebut,ganjarannya seperti beribadah seribu bulan.malam yang di maksudkan ini ialah malam AL-QADR.


nabi s.a.w bersabda mafhumnya:

barangsiapa yang berpuasa dibulan ramadhan dengan penuh keimanan,
dan penuh pengharapan,akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.


dalam hadis yang lain ade menyebut:


barangsiapa yang mendirikan ramadhan(lailatul qadar) dengan penuh keimanan,dan pengharapan,
akan di ampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.


firman allah taala dalam surah al-qadr yang mksudnya:


"malam al-qadr itu,adalah lebih baik dari seribu bulan."

jadi marilah bersama-sama kita memeriahkan malam al-qadr tersebut kerana ianya datang hanya satu malam dari bulan ramadhan dan tiada di dalam bulan-bulan yang lain.
justeru marilah kita mempertingkatkan amalan kita dibulan ramadhan yang penuh keberkatan ini kerana ramadhan yang akan datang belum tentu kita akan berjumpa lagi.

janganlah kita menyebokkan diri kita dengan melakukan perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan ganjaran kepada kita,teutama di bulan ramadhan,dan jaganlah kita menghabiskan masa dan peluang kita dengan membeli-belah untuk persiapan hari raya aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.


bersama lah kita memantapkan amal ibadah kita dibulan yang mulia ini.smoga segala amalan yang kita lakukan benar-benar diterima allah taala.

No comments: