2 Nov 2010

walimah walid..nasi mandi ke nasi briyani??

“Aku ingatkan ade lah makan-makan macam Malaysia,nasi minyak,ayam masak merah pulak tuh,kene pulak dengan pajeri nenas,memang mantap la..”


Sememangnye kenduri perkahwinan di Malaysia tak dapat tidak makan-makan tu mesti lah ade.begitu lah harapan aku apabila telah di jemput untuk menghadiri satu majlis perkahwinan
Sahabat atau tok guru TALAQI kawan-kwan aku,atau lebih glamour dengan name walid.beliau menjemput kami sekeluarge untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau
Yang telah berlangsung pada hari khamis yang lalu.

Terus terbayang difikiran kami apakah juadah yang akan di sediakan di majlis tersebut,
KAMBING…….kate hatiku,ish….tak mungkin..ade ke??persoalan yang timbul bukanlah hanya di mindaku sahaja,malahan semua kawan-kawanku juga turut berfikiran sebegitu.
Ade juga yang terbayangkan nasi mandi atau madghut(nasi arab)sedap kot.”aahhh kite pegi je la…orang dah jemput,ape die hidang kite balon je yop!walid cakap ade makan-makan..”kata salah seorang dari kawanku.







Maka pergilah kami semue dengan menyewa sebuah van(misywar).majlis walimah di yaman ini tidak lah seperti negare ku terchinta yang biasa diadakan pada waktu pagi hinggalah ke tengahari,tetapi waktunya selepas zohor sampailah ke malam.


Setibanya kami di rumah pengantin lelaki(walid),kami pun bersalaman,berpelukan dan bercium
Pipi ke pipi(bukan gay ye,jgn salah paham)..biasa lah,sudah jadi orang arab,kenelah ikut adat istiadat mereka.Di samping itu,kami juga mengucapkan selamat dan tahniah kepada pengantin.namun yang menghairankan ialah tida juadah langsung yang di sediakan.Yang ada hanyalah
Daun kott(sejenis daun yang biasa dikunyah oleh orang-orang yaman gholibnya)boleh membawe kepade tin-tong.. macam juga orang tua-tua Malaysia yang mengunyah daun sirih.memang betullah ramalanku.
Aku ingatkan ade lah makan-makan macam Malaysia,nasi minyak,ayam masak merah pulak tuh,kene pulak dengan pajeri nenas,memang mantap la.







Kami dihidangkan dengan daun tersebut,maka tiadalah pilihan untuk kami memilih,
Dengan rela hati kami pun turut khozin(makan daun) bersama-sama tetamu jemputan yang lain.


Setelah seronok mengunyah daun,kami pun meminta izin pengantin lelaki untuk pulang walaupun majlis yang sebenar belum habis lagi,tak sanggup rasanya nak tunggu hingga ke malam bertemankan perut-perut yang lapar.maka pulanglah kami dengan pipi yang kembung akibat daun kott yang telah dikunyah kami..sekian.




P/s:toksah le kome nk merase makan sedap2 kalau pegi kenduri arab..makan daun le jawabnye..siap sedie bawak air mineral/sye’er,baru beno!

No comments: