6 Dec 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432







Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah s.w.t kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1431h ini. Alhamdulillah, hari ini bersamaan dengan 30 zulhijjah 1431.Dan esok kite semua akan bertemu pula dengan bulan baru,dan tahun islam yang baru iaitu 1 muharram 1432 h. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibaran serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari kota Makatul Mukarramah ke Madinah Al Munawwarah yang telah beribu tahun meniggalkan kita semua.

Selain itu,marilah bersama-sam kita mengambil sebanyak mungkin peluang untuk memperbaiki mutu kerja kita dalam menjunjung tinggi kalimah 'Lailahaillallah' serta tugasan harian kita yang lain. Sebaik-baik akhlaq adalah akhlaq yang dibawa oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w. Jika kita meletakkan Allah sebagai matlamat, insya Allah kita semua akan jadi mudah untuk melakukan sebarang tugasan harian dalam hidup kita.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri."” (Ar- Ra’d: 11)

justeru,marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri kita apakah yang kita peroleh selama ini.tanamkan azam pada diri kita agar tidak kembali kepada kesilapan kita sebelum ini."MAKE THIS BETTER DAYS FROM LAST NIGHT".

Selamat menyambut tahun baru islam.







*az-zarkashi*

No comments: