28 Mar 2011

Asalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah masih lagi ku di beri peluang untuk
Terus menggerak-gerakkan jari –jemari ku ini untuk mencoret beberapa
Perkataanku disini.muzoharah yang berlaku makin hari makin bertambah hebat
Sehingga bertambah jumlah kematian di sanaa..atas sebab inilah kami semua rakyat Malaysia
Yang berada di bumi yang penuh dengan barokah dan hikmah ini telah di hantar pulang ke tanah
Air tercinta Malaysia.berat juga hatiku untuk meninggalkan tempat para anbiya ini,tetapi setelah ku berfikir,ada baiknya aku pulang ke tanah air dengan keadaan yang demikian.Cuma yang aku risaukan hanyalah kuliahku..bagaimanakah?adakah akan bermula pelajaran sem yg ke 2 tahun ini?bagaimanakah pula aku?adakah aku dapat menyambung semula pengajianku di sana nanti?namun inilah kenyataan.


Sangka ataupun tidak,aku kini telah selamat berada di bumi khatulistiwa yang banyak ku tinggalkan kenanganku disini.aku seolah merasakan jiwaku ini masih lagi di yaman.semoga aku dan rakan-rakan di berikan peluang lagi untuk menyambung semula saki-baki pelajaran yang tertangguh ini.doa kawan-kawan dan sahabat handai amat kami hargai.semoga kita bertemu lagi wahai bumi iman dan hikmah.
Maassalamah!






pelajar di hantar pulang..

No comments: