1 Aug 2011

AHLAN YA RAMADHAN



Ahlan wa sahlan,marhaban ya ramadhan..

Syukur pada allah s.w.t kerana memberikan rahmatnye kepada kita untuk hidup diatas
Muka buminya sekali gus menghadiahkan rahmatnya yang paling bermakna bagi kita iaitu
Rahmat ramadhan.ramadhan bulan yang terhimpun segala macam rahmat dan maghfirah serta bertambah keberkatan dengan amal ibadah yang dilakukan padanya.

Bulan ramadhan adalah bulan yang paling mulia dalam bulan-bulan islam yang telah dikurniakan kepada
Kita semua.
isilah ia dengan amalan-amalan yang membolehkan kita untuk mendapatkan ganjaran dari allah s.w.t yang berlipat ganda.janganlah kita biarkan keberkatannya berlalu begitu sahaja tanpa mengambilnya walaupun sedikit.

Ramadhan datang hanya setahun sekali,maka marilah bersama-sama menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan hati yang terbuka,kerana ramadhan adalah tetamu allah.maka sambutlah ia dengan penuh penghargaan.

Sabda nabi s.a.w:

من صام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدّم من ذنبه

"barangsiapa yang berpuasa dibulan ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan,maka akan di ampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu."
Dalam riwayat lain ada menyebut:

من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدّم من ذنبه

"barangsiapa yang mendirikan ramadhan,yakni mendirikan malam lailatul qadr,dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan,maka akan di ampunkan baginya dosa-dosa
Yang telah lalu."


Jadi mari lah kita bersama-sama menghidupkan ramadhan agar ramadhan kita tidak sia-sia malah mendapat ganjaran pahala yang tidak ternilai hebatnya.

wallahu a’lam.

No comments: