17 Aug 2011

kelebihan bersahur

السّلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته
alhamdulillah segala puji bagi allah tuhan yang telah memberikan rahmatnya yang paling bermakna bagi kita semua iaitu rahmat ramadhan.dalam kalangan kita,ada yang berpuasa,tetapi tidak bersahur.jadi,amalan bersahur ini adalah amalan yang dianjurkan oleh nabi kita muhammad s.a.w.,kerana dalam waktu sahur itu ada keberkatannya sepertimana dalam hadis nabi s.a.w:

عن ‏ ‏أنس ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قال ‏ ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏تسحروا فإن في السحور بركة

Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.

Bersahur hukumnya sunat. Walaupun sunat tetapi sangat besar manfaatnya.

1)Manfaat untuk diri sendiri. Mendapat tenaga untuk berpuasa.
2) Mendapat pahala dengan percuma kerana ia adalah sunat dan sunnah Nabi s.a.w.

Jadi rugilah mereka yang meninggalkan sahur kerana Ianya salah satu amalan Nabi s.a.w dan akan Mendapat pahala menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. waktu sahur ialah waktu yang penuh keberkatan. Puasa akan menjadi mudah. Tidak terlewat lagi bagi mereka yang berniat untuk bersahur.
antara kelebihan sahur yang lain ialah:

1) dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. 2) Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya. 3) Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa. 4) Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.





Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.marilah kita menghidupkan kembali amalan bersahur yang masih berbaki beberapa hari saja lagi.
sekian wallahu a'lam.

No comments: