22 Aug 2011

LAILATUL QADAR


assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah bersyukur kehadrat allah taala kerana masih lagi diberikan peluang untuk kita menikmati rahmatnya iaitu ramadhan al-mubarak.tanpa kita sedari,kini kita sudah berada di fasa yang terakhir di bulan ini iaitu fasa pelepasan dari api neraka(etkum minan narr).


fasa yang terakhir ini adalah fasa yang paling besar nikmat atau ganjarannya kerana padanya terdapat satu malam yang paling baik daripada malam-malam yang lain.
Malam tersebut yang mana nilai orang yang beribadah pada malam tersebut,ganjarannya seperti beribadah seribu bulan.malam yang di maksudkan ini ialah malam AL-QADR.



nabi s.a.w bersabda mafhumnya:


barangsiapa yang berpuasa dibulan ramadhan dengan penuh keimanan,
dan penuh pengharapan,akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.



dalam hadis yang lain ade menyebut:



barangsiapa yang mendirikan ramadhan(lailatul qadar) dengan penuh keimanan,dan pengharapan,
akan di ampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.




firman allah taala dalam surah al-qadr yang mksudnya:



"malam al-qadr itu,adalah lebih baik dari seribu bulan."






jadi marilah bersama-sama kita memeriahkan malam al-qadr tersebut kerana ianya datang hanya satu malam dari bulan ramadhan dan tiada di dalam bulan-bulan yang lain.
justeru marilah kita mempertingkatkan amalan kita dibulan ramadhan yang penuh keberkatan ini kerana ramadhan yang akan datang belum tentu kita akan berjumpa lagi.



janganlah kita sebok menyiapkan persiapan aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi,sehingga kita terlepas peluang keemasan yang ganjarannya telah dijanjikan oleh allah s.w.t.
bersama lah kita memantapkan amal ibadah kita dibulan yang mulia ini.smoga segala amalan yang kita lakukan benar-benar diterima allah taala.


Wallahu a’lam.

No comments: