Alhamdulillah bersyukur kehadrat allah s.w.t, kerana masih lagi kita diberikan nikmatNYA iaitu rahmat ramadhan.Bersyukur kita juga kerana kita telah berada di ramadhan yang ke 11 iaitu fasa yang ke 2 sekaligus telah Berjaya kita melepasi fasa pertama rahmat allah di 10 awal ramadhan.
Dalam riwayat ada menyebut:
Ramadhan awalnya rahmat pertengahannya pengampunan dan akhirnya pelepasan dari api neraka.
Dalam suatu hadis ada menyebut:
من صام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدّم من ذنبه
"barangsiapa yang berpuasa dibulan ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan,maka akan di ampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu."
Dalam riwayat lain ada menyebut:
من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدّم من ذنبه
"barangsiapa yang mendirikan ramadhan,yakni mendirikan malam lailatul qadr,dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan,maka akan di ampunkan baginya dosa-dosa
Yang telah lalu."
Cuba kita bayangkan berapa banyakkah dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini sama ada sedar atau tidak sedar.Segala dosa tersebut akan terhapus sekiranya kita benar-benar berpuasa hanya mengharap pengampunan allah s.w.t.
HEBAT MAGHFIRAH ALLAH S.W.T
Jadi disempena ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini,marilah kita bersama-sama melakukan amal ibadah untuk mendapatkan bonus yang berlipat kali ganda daripada allah s.w.t
yang tiada pada bulan-bulan lain.Anggaplah ramadhan hari ini adalah ramadhan yang terakhir buat kita dan ramadhan yang akan datang belum tentu kita akan berjumpa lagi.jika kita menganggap sedemikian,sudah pasti kita akan bersungguh-sungguh untuk melakukan amalan kebaikan sebanyak mungkin.
Wallahu a’lam.
MAGHFIRAH ALLAH S.W.T
10 Aug 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment