10 Jan 2012

SATU PANGGILAN MEMBAWA PADAH.

pernahkah kalian mendapat panggilan daripada privet number bahawa kalian telah
memenangi cabutan bertuah menerusi
no simkad kalian?

mungkin pernah...mungkin tidak pernah.

aku.....telah menerima panggilan daripada privet no yang mengaku dirinya daripada
salah sebuah syarikat prabayar celcom yg terletak di kuala lumpur.

dia memberitahu aku bahawa no simkadku telah mendapat cabutan bertuah dan memenangi
wang tunai sebanyak 5,000 ringgit dan hadiah tersebut akan dimasukkan kedalam akaun
simpananku.lalu die telah meminta no kad bank simpanan aku dan aku memberikan kepadanya tanpa
bertanya apa2.

pada mulanya aku tidak percaya,namun dengan ayat manisnya itu telah mencair serta melembutkan hatiku ini.
ntah kenape tak tahu lah..diriku ini seolah2 telah dipukau oleh panggilannya tempoh hari.lalu aku pon mengikuti
arahannya tanpa berfikir atau brtanya kawan-kawan tentang perkara tersebut.setibanya di mesin atm,aku disuruh untuk
menyemak baki dan mendaftar PHONE BANKING yang berada di mesin atm tersebut.

kemudian die memberitahu aku bahawa baki akaun simpananku tidak cukup dan perlu ditambah lagi untuk menampakkan hadiah tersebut.tetapi aku enggan dan memberikan alasan yang bermacam-macam.

die tetap tidak putus asa,lalu menyuruh aku menggunakan cara lain iaitu dengan membeli topap sekali gus menghantar
kod 14 digit tersebut kepadanya.aku menuruti kehendaknya.sekali lagi die menyuruh melakukan perkara yang sama
atas alasan yang sama untuk menampakkan hadiah di dalam akaun simpananku.

aku mengabaikannya......lalu aku pulang kerumah dengan hati yang tidak tenteram.
aku cube menenangkan hatiku dengan bersolat dan meminta pertolongan yang maha esa untuk memberi petunjuk
agar diselamatkan dari godaan tersebut.

pada keesokan harinya,sekali lagi die menghubungiku dan perkara yang sama disuruh ialah membeli topap simkad dan menghantarkan kod 14 digit kepadanya.lalu aku enggan dan memberi amaran supaya tidak lagi melakukan perkara yang sama.die berkata bahawa die tidak berbohong dan berani bersumpah serta memberi jaminan kepadaku.aku kemudian menghubungi talian perkhidmatan prabayar untuk mendapatkan maklumat tentang simkadku.jelas lah,bahawa nomor simkadku
memang tiada menerima hadiah cabutan.bertambah keyakinanku bhawa aku telah ditipu.

selepas daripada itu,aku mengambil langkah selamatkan akaun simpananku dari terus dirompak dan disamun sesuka
hati oleh mereka2 yang mahukan rezeki dari sumber yang haram.aku menamatkan atm kadku sekaligus membuat kad yang baru
supaya perkara yang tidak diingini berlaku keatasku....itulah kisah penipuan daripada panggilan yang amat merbahaya.
supaya sahabat2 yang lain dapat berhati2 dan jangan capat percaya kepada orang lain.sekian...



cerita ringkas dari hambaLeMAH.


SEMOGA SAMA-SAMA KITA MENGAMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN
DARI APA YANG BERLAKU DARI KISAH DIATAS.

No comments: