29 Jul 2012

RAHMAT & PENGAMPUNAN

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat allah s.w.t kerana dengan limpahnya dapat kita bersua kembali dalam bulan ramadhan yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan.

Seperti kita sedia maklum,hari ini merupakan ramadhan yang ke 10,bermakna kita telahpun sampai dipenghujung fasa yang pertama iaitu fasa RAHMAT yang berada pada 10 awal ramadhan.apabila masuknya hari yang ke 11,maka kita secara automatiknya berada dalam fasa yang ke 2 dalam bulan ramadhan iaitu fasa PENGAMPUNAN.

Dalam hadis yang biasa kita dengar tiap kali tibanya ramadhan,yang diriwayatkan daripada Al-‘uqaili

أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار


Ertinya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.


Walaupun status kekuatan hadis ini adalah dhaif,ianya merupakan hadis masyhur apabila tibanya bulan ramadhan.justeru itu,tidak menjadi masalah untuk kita terus melakukan amalan-amalan yang sekaligus mendapat rahmat dan maghfirah allah s.w.t.

Dalam hadis nabi s.a.w :


عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : أَنَّ نَاساً مِنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى   الله عليه وسلم قَالُوا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ، ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُوْرِ بِاْلأُجُوْرِ يُصَلُّوْنَ كَمَا نُصَلِّي، وَيَصُوْمُوْنَ كَمَا نَصُوْمُ، وَتَصَدَّقُوْنَ بِفُضُوْلِ أَمْوَالِهِمْ قَالَ : أَوَ لَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللهُ لَكُمْ مَا يَتَصَدَّقُوْنَ : إِنَّ لَكُمْ بِكُلِّ تَسْبِيْحَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَكْبِيْرَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَحْمِيْدَةٍ صَدَقَةً، وَكُلِّ تَهْلِيْلَةٍ صَدَقَةً وَأَمْرٍ بِالْمَعْرُوْفِ صَدَقَةً وَنَهْيٍ عَن مُنْكَرٍ صَدَقَةً وَفِي بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةً قَالُوا  : يَا رَسُوْلَ اللهِ أَيَأْتِي أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُوْنُ لَهُ فِيْهَا أَجْرٌ ؟ قَالَ : أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِي حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ وِزْرٌ ؟ فَكَذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا فِي الْحَلاَلِ كَانَ لَهُ أَجْرٌ .

[رواه مسلم]
Dari Abu Dzar radhiallahuanhu : Sesungguhnya sejumlah orang dari shahabat Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam berkata kepada Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam: “ Wahai Rasululullah, orang-orang kaya telah pergi dengan membawa pahala yang banyak, mereka shalat sebagaimana kami shalat, mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka (sedang kami tidak dapat melakukannya). (Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam) bersabda : Bukankah Allah telah menjadikan bagi kalian jalan untuk bersedekah ? : Sesungguhnya setiap tashbih merupakan sedekah, setiap takbir merupakan sedekah, setiap tahmid merupakan sedekah, setiap tahlil merupakansedekah, amar ma’ruf nahi munkar merupakan sedekah dan setiap kemaluan kalian merupakan sedekah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah masakah dikatakan berpahala seseorang diantara kami yang menyalurkan syahwatnya ?, beliau bersabda : Bagaimana pendapat kalian seandainya hal tersebut disalurkan dijalan yang haram, bukankah baginya dosa ?, demikianlah halnya jika hal tersebut diletakkan pada jalan yang halal, maka baginya mendapatkan pahala.
(Riwayat Muslim)



Hadis diatas membuktikan betapa hebatnya rahmat allah s.w.t  untuk hamba-hambanya yang beriman.

Dengan perkataan sahaja allah s.w.t memberikan rahmat dan ganjaran yang berlipat kali ganda,

percaya atau tidak?


doa adalah senjata bagi orang mu'min.


Rasullullah s.a.w bersabda:


من صام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدّم من ذنبه

"barangsiapa yang berpuasa dibulan ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan,maka akan di ampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu."
Dalam riwayat lain ada menyebut:

من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدّم من ذنبه

"barangsiapa yang mendirikan ramadhan,yakni mendirikan malam lailatul qadr,dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan,maka akan di ampunkan baginya dosa-dosa
Yang telah lalu.

Jika seseorang hamba itu melakukan ibadah hanya untuk mendapat keampunan dari allah semata-mata,maka insyaallah dengan izinnya amalan-amalan yang dilakukan itu akan dapat membantunya untuk mendapatkan pengampunan dari allah s.w.t.

Firman allah s.w.t :

tA$s%ur ãNà6š/u þÎTqãã÷Š$# ó=ÉftGór& ö/ä3s9 4 ¨bÎ) šúïÏ%©!$# tbrçŽÉ9õ3tGó¡o ô`tã ÎAyŠ$t6Ïã tbqè=äzôuy tL©èygy_ šúï̍Åz#yŠ ÇÏÉÈ  


60. Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku[1326] akan masuk neraka Jahannam dalam Keadaan hina dina".


[1326] Yang dimaksud dengan menyembah-Ku di sini ialah berdoa kepada-Ku.



Penutup

Semoga dapat sama-sama kita mengerjakan sebanyak mungkin ibadah di bulan yang mulia ini untuk
Mendapatkan rahmat dan maghfirah allah s.w.t dan dihadiahkan syurga di akhirat nanti insyaallah.mintalah pada allah s.w.t kerana hanya dialah yang maha mendengar rintihan hamba-hambanya.

والله أعلم

No comments: