21 Jul 2012

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Alhamdulillah segala puji bagi allah kerana dengan rahmatnya,di pertemukan kepada kita sekali lagi
Dengan bulan ramadhan yang paling mulia dan penuh keberkatan,dan seluruh umat islam telahpun mula berpuasa pada hari.semoga segala ujian mahupun rintangan dapat kita tempuhi sehingga berakhirnya ramadhan.
Bulan ramadhan yang menghimpunkan rahmat dan maghfirah  serta keberkatannya yang bertambah
Dengan amal ibadah yang kita lakukan.bulan ramadhan yang dimuliakan ini usahlah kita mensia-siakannya,kerana ia hadir kepada kita seperti air bah yang membasuhi daki-daki dunia.
sambutlah bulan ini dengan jiwa yang terbuka,seperti kita menyambut ketibaan orang yang kita kasih dan cintai.
Dalam hadis diriwayatkan:

من صام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ماتقدم من ذنبه

Maksudnya:barangsiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.

Hadis di atas menerangkan kepada kita betapa hebatnya bulan ramadhan.bulan yang datang setahun sekali,tetapi memiliki berbagai-bagai hikmah,rahmat dan barokah yang berlipat ganda.

Kawal nafsu di bulan puasa.

Apabila tibanya ramadhan,ianya dikaitkan dengan bazaar ramadhan,orang ramai akan berpusu-pusu
Untuk membeli juadah berbuka puasa.janganlah kita menikut hawa nafsu sehingga berlaku pembaziran,cukup sekadar untuk keperluan.

Puasa membina kekuatan.

Apabila berpuasa kita tidak makan dan minum bermula dari selepas sahur sehinggalah tibanya
Waktu berbuka.ianya dapat mengurangkan berat badan kita sekaligus dapat mengimbangi berat badan.
Jika hari biasa kita makan 3 kali sehari,di bulan ramadhan hanya 2 kali sahaja.
Dalam hadis nabi s.a.w:

اغْزُوا تَغْنَمُوا، وَصُومُوا تَصِحُّوا، وَسَافِرُوا تَسْتَغْنُوا

Maksudnya: berperanglah kamu akan dapat ghanimah,berpuasalah kamu akan mendapat sihat,dan
Bermusafirlah kamu akan mendapat rezeki.

Jadi marilah sama-sama kita memanfaatkan bulan ramadhan dengan bersungguh-sungguh,perbanyakkan amalan seperti membaca al-quran,mendirikan solat sunat terawih dan sebagainya yang dapat mendekatkan diri kita kepada allah taala.

Akhir kata selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa.

No comments: