10 Aug 2012

BULAT TAK DATANG BERGOLEK,PIPIH TAK DATANG MELAYANG.

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat allah taala dengan kurnianya dapat lagi kita merasai nikmat
Iman dan islam seterusnya nikmat yang berharga bagi umat islam iaitu nikmat ramdhan.

Sedar ataupun tidak,kita sudah pun berada di zon terakhir ramadhan,zon PEMBEBASAN DARI API NERAKA.namun apakah kita sudah menyediakan persiapan untuk membebaskan diri dari api neraka tersebut??

Menjadi lumrah bagi makhluk yang bernama manusia,apabila sampai penghujung ramadhan,tempat-tempat yang dipenuhi bukanlah rumah-rumah allah,akan tetapi mereka lebih berminat untuk memenuhi
Pasaraya mahupun pusat membeli belah untuk membeli persiapan hari raya yang bakal tiba,sehingga berlaku pembaziran dan melampaui batas.perkara ini sepatutnya tidak perlu ada kepada kita sebagai muslim yang sejati.sewajarnya,kita mencari keredhaan allah taala dengan baki ramadhan yang ada.

Sepertimana yang kita ketahui,allah s.w.t telah memberikan peluang kepada kita untuk menambahkan ibadah pada malam yang dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda.malam itu dinamakan malam al-qadr.


Tahukah kita apakah malam al-qadr itu?

Firman allah taala:


!$¯RÎ) çm»oYø9tRr& Îû Ï's#øs9 Íôs)ø9$# ÇÊÈ   !$tBur y71u÷Šr& $tB ä's#øs9 Íôs)ø9$# ÇËÈ   ä's#øs9 Íôs)ø9$# ׎öy{ ô`ÏiB É#ø9r& 9öky­ ÇÌÈ   ãA¨t\s? èps3Í´¯»n=yJø9$# ßyr9$#ur $pkŽÏù 

ÈbøŒÎ*Î/ NÍkÍh5u `ÏiB Èe@ä. 9öDr& ÇÍÈ   íO»n=y }Ïd 4Ó®Lym Æìn=ôÜtB ̍ôfxÿø9$# ÇÎÈ

  
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan[1593].
2. Dan tahukah kamu Apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) Kesejahteraan sampai terbit fajar.

[1593] Malam kemuliaan dikenal dalam bahasa Indonesia dengan malam Lailatul Qadr Yaitu suatu malam yang penuh kemuliaan, kebesaran, karena pada malam itu permulaan turunnya Al Quran.






Betapa hebatnya malam al-qadr ini.allah s.w.t sudah menjanjikan ganjaran bagi orang-orang yang Berjaya bagun pada malam tersebut untuk beribadah kepadanya.


Cuba kita renung sejenak hadis nabi s.a.w :


من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

ertinya:barangsiapa yang mendirikan ramadhan(lailatulqadr)dengan penuh keimanan dan pengharapan
akan diampunkan baginya dosanya  yang telah lalu.


Sama-sama lah kita mencari malam tersebut,malam yang penuh dengan barokah ini hadir di 10 malam terakhir.rebutlah peluang keemasan ini,kerana ianya hanya 1 malam,amat besar ganjaran bagi mereka-mereka yang bertemunya,bulat takkan datang bergolek,pipih takkan datang melayang.

Semoga dengan amal ibadah yang kita lakukan padanya di terima allah s.w.t
Anggaplah ramadhan kali ini yang terakhir bagi kita semua.renung-renungkanlah.


Wallahu a’lam.

No comments: