1 Aug 2013

HADIS TENTANG KELEBIHAN AL-QURAN


 
gambar hiasan.



عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من قرأ حرفا من كتاب الله فله حسنة٬  والحسنة بعشر أمثالها٬ لا أقول (( الم )) حرف٬ بل ألف حرف٬ ولام حرف٬ وميم حرف )).رواه الترمذي.




Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi).




وعن أبي امامة الباهلي رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :(( إقرؤوا القرءان فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه )) رواه مسلم.


Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda,
"Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya." (HR Muslim).




(( مثل المؤمن الذي يقرأ القرءان مثل الأترجة ٬ ريحها طيب ٬ وطعمها طيب ٬ ومثل المؤمن الذي لا يقرأ القرءان  كمثل التّمرة ٬ لا ريح لها وطعمها حلو ٬ ومثل المنافق الذي يقرأ القرءان كمثل الرّيحانة ٬ ريحها طيب ٬ وطعمها مرّ ومثل المنافق الذي لا يقرأ القرءان كمثل الحنظلة ٬ ليس لها ريح ٬ وطعمها مرّ )).


Rasululullah SAW Bersabda:
"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat; orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya; orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, ia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari)
.


Di sempena ramadhan yang penuh dengan keberkatan,marilah kita sama-sama memperbanyakkan  membaca al-quran semata-mata mengharapkan keredhaan allah s.w.t malah ramadhan adalah medan untuk kita mentarbiyyahkan diri kita untuk menjadi insan yang mulia di sisi allah taala.


Wallahu a’lam.

No comments: